|
|
|
|
Gambaran Keseluruhan Perisian
|
|
V1.00 |
|
• |
Perubahan bahasa paparan yang disokong oleh kamera seperti yang dinyatakan di bawah. |
|
|
|
|
|
Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Tradisional, Bahasa Cina Dipermudah dan Bahasa Melayu |
|
|
|
|
|
NOTA |
|
|
• Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Tradisional dan Bahasa Cina Dipermudah adalah tetap.
|
|
|
|
|
|
Pengguna Berkaitan
|
|
Pemilik EX-FR10. |
|
|
Keperluan untuk Memasang Perisian Tegar Ini pada Kamera Anda
|
|
•
|
Sistem Pengoperasi : Windows 8.1, Windows 8, Windows 7, Windows Vista, Mac OS X(10.6~10.9) |
|
•
|
Pemasangan perisian ini memerlukan kabel USB untuk menyambungkan pengawal kamera ke komputer. |
|
|
Perjanjian Lesen Pengguna Merangkumi Muat Turun Perisian Kemas Kini
|
|
* |
Untuk memuat turun dan menggunakan perisian kemas kini, anda perlu terlebih dahulu membaca dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Perjanjian Pelesenan Perisian Pengguna Akhir (Perjanjian) di bawah. |
|
* |
Jika, selepas membaca Perjanjian dengan teliti, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syaratnya, klik butang [Saya bersetuju] untuk maju ke prosedur muat turun. |
|
* |
Tanpa mengira sama ada anda benar-benar bersetuju atau tidak, dengan memuat turun perisian kemas kini ini, anda menyatakan perjanjian anda untuk terikat dengan terma dan syarat Perjanjian dan mewujudkan perjanjian berkontrak di antara anda dan CASIO COMPUTER CO., LTD. (CASIO). |
|
* |
Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian, Sila klik [Saya tidak bersetuju] dan jangan muat turun perisian kemas kini. |
|
|
|
Perjanjian Pelesenan Perisian Pengguna Akhir |
|
CASIO COMPUTER CO., LTD. |
|
|
1 |
Lesen |
|
|
CASIO, sebagai pemilik Perisian ini dan hak aset intelektual yang lain, memberikan anda lesen hak cipta bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah milik berikut yang tertakluk kepada terma Perjanjian ini. |
1) |
Anda boleh memasang dan menggunakan Perisian ini pada Kamera Digital CASIO EX-FR10 anda. |
2) |
Anda boleh membuat satu salinan Perisian ini pada kad memori untuk tujuan memasang perisian pada Kamera Digital EX-FR10 anda. |
|
|
|
2 |
Larangan |
|
|
1) |
Kecuali apabila yang dibenarkan oleh Perjanjian ini, anda tidak boleh menyalin Perisian ini sama ada sebahagian atau keseluruhannya. |
2) |
Anda tidak boleh mengubah suai, meminda, menyesuaikan, melaksanakan kejuruteraan berbalik, menyahimpun, menyusun atau sebaliknya mencuba untuk mendapatkan kod sumber Perisian. |
3) |
Anda tidak boleh menjual semula, meminjam, memajak, memberi pinjaman atau mengedarkan Perisian ini atau meletakkan Perisian pada pelayan atau menjadikannya boleh diakses melalui rangkaian. |
4) |
Anda tidak boleh memberi sublesen atau memindahkan Perisian ini kepada pihak ketiga. |
5) |
Anda tidak boleh menggunakan Perisian ini untuk sebarang tujuan yang melanggar undang-undang atau dalam sebarang cara yang tidak selari dengan Perjanjian ini. |
|
|
|
3 |
Tempoh Perjanijan |
|
|
1) |
Perjanjian ini terus terikat sebaik sahaja anda memuat turun Perisian. |
2) |
Perjanjian ini menjadi batal dan tidak sah apabila anda memusnahkan semua salinan anda bagi Perisian ini. |
3) |
CASIO boleh menamatkan lesen ini pada bila-bila masa sekiranya anda melanggar terma Perjanjian ini. Selepas penamatan, anda serta-merta akan memusnahkan semua salinan anda bagi Perisian ini. |
|
|
|
4 |
Pembatasan Liabiliti |
|
|
1) |
Perisian ini diberikan "seadanya," dan CASIO tidak membuat jaminan nyata berkenaan keupayaan Perisian yang akan beroperasi dengan baik atau akan cacat atau berkenaan pembetulan kecacatan pada masa hadapan atau kesesuaian fungsi Perisian untuk sebarang tujuan tertentu. |
2) |
Dalam sebarang keadaan CASIO tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang jenis kerosakan (termasuk, tanpa had, kerosakan kerana kerugian keuntungan, gangguan perniagaan, kehilangan maklumat) yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perisian ini, walaupun jika CASIO telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut. |
|
|
|
5 |
Lain-lain |
|
|
1) |
Barang yang tidak dirangkumi oleh Perjanjian atau barang yang memerlukan perundingan selanjutnya perlu diselesaikan secara saling setuju di antara anda dan CASIO. |
2) |
Sebarang tuntutan yang timbul bawah atau berkaitan dengan Perjanjian ini akan ditadbir oleh undang-undang Jepun. |
3) |
Sebarang pertikaian yang timbul bawah atau berkaitan dengan Perjanjian ini akan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Daerah Tokyo. |
|
|